Baru-baru ni ada kumpulan membuat kajian untuk memahami mengapa berlakunya situasi di mana darah membeku di dalam paru-paru. Mengikut kajian awal, keadaan seperti itu mengambil masa yang lama untuk terjadi, iaitu hingga bertahun-tahun lamanya.
Sebelum ini, hasil kaji selidik menunjukkan keadaan adalah bersabit umur, kegemukan dan hipertensi. Ada juga bukti mereka yang sering berada di dalam kapalterbang terlalu lama turut menghadapi masaalah ini.
Kaji selidik terbaru menunjukkan mereka yang duduk diam dan kurang bergerak mempunyai risiko lebih tinggi untuk darah membeku di dalam paru-paru ini. Bagi mereka yang sentiasa bekerja dan bergerak, risikonya lebih rendah.
Kalau tak ada kaji selidik sedemikian pun kita boleh nampak dengan nyata bahawa mereka yang kurang cergas dan tidak banyak aktiviti mudah gemuk. Apabila semakin gemuk, semakin kurang cergas jadinya.
Jadi jelas la yang lebih banyak duduk diam dan kurang aktif itu akan lebih mudah mengalami masaalah kesihatan. Bila banyak duduk diam, semua anggota dan organ akan turut menjadi tidak aktif. Jelas la lebih bahaya.