Wednesday, 31 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Letih juga melayan tetamu di Hari Raya.  Tapi kira berkewajipan jugalah.  Jadi dah tak larat nak berlepak di maya.

Walaubagaimanapun memang hasrat tu nak juga ucap selamat kepada semua saudara dan rakan di sini.   Rasanya masih belum terlambat.
SELAMAT
HARI RAYA
A I D I L F I T R I
MAAF ZAHIR BATIN

Monday, 15 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Kita diberkati dengan rahmat dan rezeki untuk berjumpa Ramadhan tahun ini.  Alhamdulillah, syukur.

Harapannya biarlah kita dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan.  Semoga dengan itu kita dapat meneruskan amal ibadah dengan lebih baik lagi untuk Ramadhan kali ini.  Amin.

SELAMAT MENERUSKAN IBADAH
SEMOGA MENDAPAT BARAKAH RAMADHAN

Sunday, 24 July 2011

SUDAH JELAS DUDUK DIAM LEBIH BAHAYA

Baru-baru ni ada kumpulan membuat kajian untuk memahami mengapa berlakunya situasi di mana darah membeku di dalam paru-paru.  Mengikut kajian awal, keadaan seperti itu mengambil masa yang lama untuk terjadi, iaitu hingga bertahun-tahun lamanya.

Sebelum ini, hasil kaji selidik menunjukkan keadaan adalah bersabit umur, kegemukan dan hipertensi.  Ada juga bukti mereka yang sering berada di dalam kapalterbang terlalu lama turut menghadapi masaalah ini.

Kaji selidik terbaru menunjukkan mereka yang duduk diam dan kurang bergerak mempunyai risiko lebih tinggi untuk darah membeku di dalam paru-paru ini.  Bagi mereka yang sentiasa bekerja dan bergerak, risikonya lebih rendah.

Kalau tak ada kaji selidik sedemikian pun kita boleh nampak dengan nyata bahawa mereka yang kurang cergas dan tidak banyak aktiviti mudah gemuk.  Apabila semakin gemuk, semakin kurang cergas jadinya.

Jadi jelas la yang lebih banyak duduk diam dan kurang aktif itu akan lebih mudah mengalami masaalah kesihatan.  Bila banyak duduk diam, semua anggota dan organ akan turut menjadi tidak aktif.  Jelas la lebih bahaya.

Sunday, 10 July 2011

BERSIH CAPAI MATLAMAT

Kalau kita nilai secara jujur dan adil, kiranya pihak BERSIH berjaya juga mencapai matlamat mereka iaitu untuk sampai ke Stadium Merdeka.  Malangnya, pihak stadium memberi kebenaran untuk digunakan oleh mereka.

Jadi banyak bertanya.  Jujur ke PM semasa membuat kenyataan bahawa beliau membenarkan kegunaan stadium untuk tujuan mereka?

Wednesday, 22 June 2011

DAHAGAKAN FILEM AKSI BERMUTU

Anak Pak Yusuf Haslam ternyata berbakat besar.  Mungkin benar Syamsul Yusuf memang mewarisi bakat bapanya.

Kebelakangan ini beberapa filemnya berjaya menarik minat orang ramai ke panggung.  Apapun genre yang dibuat oleh Syamsul menjadi.

Khurafat berjaya mencapai rekod kutipan tinggi mencecah RM 8 juta dalam genre kepercayaan dan agama.   Kini, KL Gangster telah berjaya melebihi kutipan RM 10 juta dalam genre penuh dengan aksi sebelum habis masa wajip tayang.

Ternyata selera penonton memang ingin dan dahagakan filem aksi bermutu.  Ini dipenuhi di dalam filemnya yang sedang disiarkan sekarang.

Thursday, 9 June 2011

APA LA?

Hari ini aku ingat nak update pasal lain.  Tapi now aku nak cerita pasal experience aku yang entah apa-apa ni.

1st, aku tak dapat masuk blog.  Puas aku cuba berkali-kali, tapi tak berhasil juga.

Jadi aku klik 'cant access account' la pulak.  Macam-macam juga kena buat.  Siap kena pegi e-mail add aku.  Pun serupa juga, tak dapat access.  Rupanya aku silap taip ID!

Aduh!  Kecuh!

Monday, 6 June 2011

BERIADAH DI LAMAN

Hari ini aku pun ikut daftar menjadi blogger.  Kawan dah lama mengajak.  Tapi aku asyik pospon.  Baru hari ini aku ikut.

Sebenarnya aku sendiri belum pasti macam mana perjalanan di dalam alam blogging ini.  Mungkin aku akan cuba melangkah sambil beriadah saja la.  Hehe.